Monday 12 August 2013

Kisah seorang Pengamal Ibadah


        
          pada suatu hari seorang hamba Allah yg soleh ini tlh selesai melakukan ibadahnya..dia berasa sangat lapar...lalu,dia pun pergi ke sebatang sungai.Di sungai itulah dia terjumpa sebiji buah epal yg merah menyala warna nya..setelah dia memakannya,barulah dia menyedari bahawa dia memakan buah itu tanpa meminta izin dari tuannya. Lalu dia cuba mencari dari mana sumber buah epal yg dimakannya. Dia berjalan melawan arus sungai.Akhirnya dia menjumpai sebuah ladang epal. Dia terlihat ada sebuah rumah kecil di ladang itu. Lalu dia bermonolog "mungkin tuan ladang ini berada di dalam rumah itu".Sangkaan nya benarlah.Pemilik ladang itu ialah seorang lelaki yg sdh tua.Dia menceritakan semuanya yg berlaku td,lalu dia meminta maaf kpd tuan ladang itu . Tetapi lelaki tua meletakkan satu syarat utk dia memafkan pemuda itu. Dia mestilah bekerja di ladang itu selama beberapa tahun. Setelah beberapa tahun,pemuda itu kembali kpd pemilik ldg itu utk memita izin pergi.Akan tetapi pemilik ldg itu menambah satu lagi syarat iaitu,dia mestilah berkahwin dgn anak perempuannya yg tk sempurna . Dikhabarkan kepadanya anaknya tk sempurna fizikalnya. Dia buta,Bisu dan lumpuh.Dengan hati yg penuh hampa dan sedih,pemuda itu terpaksa mengahwini anak pemilik ladang itu."Asalkan punya iman itulah paling penting " hanya itu kata-kata yg dpt diucapkannya. Kini,tibalah hari pernikahannya. Apabila bkl isterinya keluar, alangkah terkejutnya pemuda itu kerana isterinya sungguh cantik seperti bidadari . Apa yg dikatakan bapa mertuanya adalah tidak benar, Selepas selesai majlis pernikahan itu, maka pemuda itu bertanyakan kepada bapa mertuanya akan apa yg dikatakan nya sebelum ini. Lalu bapa mertuanya menjelaskan kepadanya bahawa "Mata yg buta itu ialah,dia tdk pernah melihat benda yg haram" "Mulut yg bisu itu adalah dia tdk pernah mengucapkan kata-kata yg sia-sia" "Badan yg lumpuh itu ialah dia tdk pernah menjejakkan dirinya ke tempat yg terlarang " . selepas diterangkan kepadanya,barulah pemuda itu faham,bahawa apa yg dikatakan oleh bapa mertuanya hanyalah bahasa kiasan.